Kelas ICT & Ms. Word : Surat Rasmi,Tidak Rasmi & Memo
21 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jan 2018 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Kelas ICT dan Microsoft Word yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan ICT kepada peserta disamping memberi pengenalan asas kepada Microsoft Word dalam menghasilkan surat rasmi,surat tidak rasmi dan memo.
Antara pengisian semasa program ini latihan ICT iaitu sesi pengenalan asas kepada computer dan istilah-istilah yang sering digunakan akan tetapi peserta tidak mengetahuinya.Manakala bagi kelas Microsoft Word pula,peserta dikehendaki menulis surat rasmi dan tidak rasmi menggunakan Microsoft Word yang telah mereka pelajari mengikut format yang sebetulnya.
Melalui program seperti ini, pihak PI sedikit sebanyak dapat berkongsi sedikit ilmu ICT dan Microsoft Word kepada peserta. Dengan ini, objektif PI dapat dilaksanakan iaitu dengan membantu golongan komuniti setempat dalam memperkasakan dunia digital di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: